Monday, November 2, 2009

Meliar Dan Merana

sedar atas keupayaan diri sendiri melawan cinta dan kesepian...menanti tiba masa kebahagian mula membina... sering kali keliru kerana tidak punya pendirian tetap..pilihan sentiasa bertukar dan cuba mencari yang terbaik dari yang terbaik.. masih tidak cukup menyeksa diri mencintai mereka yang tidak mencintai diri ini.. cubaan itu satu uji kaji yang tidak menjanjikan jawapan atau kebenaran didalamnya..

Aku ini insan biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku insan biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

Tuesday, October 27, 2009

Mengapa perlu perselingkuh?

Perlukah kejujuran dalam perhubungan? bagaimana jika pasangan sendiri tidak pernah tahu untuk berterus terang dan jujur...mungkin menyimpan rahsia umpama menyimpan dendam...haruskah aku bersuara jika kau punya kekurangan? haruskah aku menduakan jika diri kau terus biarkan aku digoda...aku hanya minta agar kau setia hingga abadi cinta dan hanya mampu mengharap setia kasih dari kau...bagaimana caranya agar kau mengerti bahawa aku kini sudah jatuh cinta pada yang lain..mungkin hati aku telah bergema terima hati lain..mungkin kerana aku sepi dari kejujuran...jangan pernah salahkan aku jika perasan ini mula mengular pada yang lain... bukan aku tidak belajar untuk setia tapi hati berkata kau bukan miliku namun disudut hati sukar untuk aku melepaskan hubungan yang pernah aku cipta bersama kau..

Pilihan

Mengapa pilihan selalu tidak tetap?

Mengapa kita perlu membuat pilihan?

Mengapa pilihan begitu menyiksakan?

Mengapa pilihan tidak selalunya menjanjikan keceriaan?

Mengapa banyak pilihan dalam hidup ini?

Jika diberi pilihan hanya mahu untuk terus bertahan...juga ingin hidup seperti biasa..

Sunday, October 18, 2009

bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia?

mencari cinta, mencari setia, mencari tulus dan mencari bahagia pasti gagal akhirnya...diri tetap usaha selongkar erti makna cinta namun akhirnya pasti kecundang...yang pasti tersirat membawa maksud dan yang tersurat pasti membawa jawapan... meletakkan diri ditempat sepatutnya merupakan pilihan tepat supaya perlekeh si dia tidak lagi menjadi senjata yang hanya mahu mengambil kesempatan atas perhubungan cinta... susah kalau hubungan 100% diberikan walhal diri sendiri tiada apa yang diperolehi kembali menerusi hubungan cinta dan akhirnya kita ditinggalkan atas kenangan yang tak pernah abadi... di akhir pertemuan tentu sahaja penyesalan yang ungkapkan tapi kenapa tidak semasa kita dipuncak bahagia? bahagia itu ubat bagi melupakan segala kedukaan... namun bila kebahagiaan diragut cinta pasti putus dan bersedia menanti kesal... mungkin detik kebahagiaan menanti waktu untuk diraikan... Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia...

Thursday, September 10, 2009

23 tahun

Tahajjud Cinta...

Kau datang ketika duka.
Dan bintang bercahya.
Tunjukku jalan syurga.
Ku haus di tengah laut.
Lemas mencari tempat berpaut.

Kirimkan aku kekuatan.
Peta pedoman di kesesatan.
Ku sunyi dalam gembira.
Perit pedih tanggung derita.
Sungguh aku bukan wali.
Yang suci dari hina dan benci.

Terlalu lama aku mencuba.
Terlalu banyak cinta kudamba.
Tiada yang sempurna hanyalah fana.
Tuhan ampuni hambamu.

Ku rebah didada malam.
Memecah dendam yang lama.
Diam kutanggalkan baju dunia.
Dakapku dengan selimut syurga.

Ya tuhanku.
Hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu.
Limpahiku rahmat kasihMU
DALAM TAHAJJUD CINTA BERSUJUD....

Wednesday, September 2, 2009

Aku Belum Merdeka.

Permulaan tahun 2009 tidak selancar seperti yang aku harapkan..permulaan begitu sukar dan semuanya melibatkan soal kerjaya. satu persatu dugaan diterima sehingga merasakan diri ini kebas dan kadangkala terfikir untuk berpatah balik. namun demi cita-cita, aku akur lalu mengganggap ini adalah permulaan kerjaya. tiada persoalan untuk memberontak cuma menagih untuk dihargai. aku cuma berharap aku tidak lagi diasak dengan pelbagai dugaan..sakit bila di khianati, sakit bila hak sendiri dicabuli sedangkan mereka yang lain boleh menari bergolek tanpa sebarang pertikaian..mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa lama yang pernah aku lakukan atau mungkin pernah menyakitkan perasaan seseorang hingga aku tersumpah menerima balasan.. ampunkan aku Ya Allah, maafkan aku wahai teman, jangan diceraikan hati-hati nan sedia menerima keredaan dan segala ketentuan.. aku mohon agar aku merdeka dan bebas dalam menguruskan kerjaya aku sampai akhir hayat ini. :'(

Saturday, August 15, 2009

Bijak Berseni Opick.


Sebenarnya aku tidak tahu banyak tentang apa dan siapa itu Opick. Namanya baru aku kenal waktu aku dijemput ke Universiti Islam Antarabangsa sempena malam kebudayaanya dan Opick dijemput oleh penuntut disana untuk membuat persembahan. malam itu sedikit sebanyak pengenalan tentang peribadi Opick diceritakan. sebelum menyanyikan lagu-lagu nasyid, Opick merupakan penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu bergenre rock. setelah mendengar persembahan pertamanya aku mula jatuh hati melalui penyampaianya yang begitu bersahaja dan merasakan keikhlasan menyampaikan bait-bait lirik serta melodi indah. sikap rendah diri itu menyebabkan beliau sentiasa disenangi oleh semua orang. Opick menulis lirik sederhana, tidak berlebih-lebih, namun perpaduan antara melodi dan kata-kata telah membangunkan keindahan. Malam itu, saya menerima keindahan yang lahir dari hati yang berserah diri. Mungkin segala yang diungkapkan oleh Opick bukan sebuah nasihat. Ia sedang menceritakan dirinya sendiri yang selalu rindu untuk dipandang sebagai orang biasa. Rasanya saya juga orang biasa. Untuk itu, saya mendadak ingin memiliki dua hal yang telah Opick punyai sebagai kekayaan pencarian dan keterbatasan. aku teringat kata-katanya malam itu "saya mendapatkan ketenangan dengan berwuduk ketika saya dalam kegelisahan".

Thursday, August 13, 2009

Nasi Dulang



Ustaz Asri Dalam Kenangan


Aku sempat mendengar ceramah pertama dan terakhir arwah sebelum arwah pergi meninggalkan dunia..itu pun secara kebetulan sempena sidang media program yang bakal ditayangkan oleh TV3 & TV9 sepanjang Ramadhan.. dalam majlis sidang media itu aku sempat untuk solat berjemaah dengan yang lain.. rasanya itu jemaah yang pertama kali aku tunaikan sepanjang aku berkhidmat di Media Prima dan hari itu juga merupakan hari pertama aku merasai makan dulang beramai-ramai.. lain rasanya, kebetulan majlis itu untuk meraikan kedatangan bulan penuh kemuliaan, kerahmatan iaitu bulan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi.. kebetulan dalam majlis itu Ustaz Asri hanya dijemput untuk memberikan tahlil dan bukanya ceramah.. biasalah mana-mana program dan majlis yang berlangsung pertukaran disaat-saat akhir itu pekara biasa, dan Arwah dipilih untuk memberikan sedikit ceramah berkaitan "Ramadhan".. aku teringat kata-katanya " sentiasalah berdoa setiap hari untuk kesejahteraan agar kita akan dapat lalui dan mengerjakan rukun islam ke-3 itu yang belum tentu dan pasti sempat dan berpeluang untuk melakukan ibadah bulan seribu rahmat ini atau tidak.." kata-kata itu mengingatkan aku yang soal ajal maut itu sebenarnya tidak memilih bulan dan tahun...takziah buat keluarganya..

Tuesday, August 11, 2009

Sepuas Melangkah...

Langkah kaki kian maju!
Maju mencari sinar baru!
Penat sudah meredah kelam yang kelabu..
Akur sebenarnya laluan serong ini harus dilalu..
Usah takut menanti takdir mendatang..
Mungkin hanya gerhana menanti terang..
Terang lalu bersuluh hati, hati yang ikhlas penunjuk abadi..
Jangan biar badai merintih kelak nanti binasa budi..

Thursday, August 6, 2009

Ya Allah lindungi aku, Jauhi aku dari titik hitam...

Sudah jauh aku pergi, pergi membawa diri ini tanpa haluan.. aku semakin gementar kerana aku merasa aku begitu jauh dariMu Ya Allah.. aku risau mana perginya iman dan takwa aku sebagai seorang muslim.. Ya Allah bukakan hati ini, jauhkan hati ini dari segala gangguan yang sentiasa cuba menyesatkan hambamu ini...agar aku kenal makrifat, menghayati keagungan kebesaranMu Ya Allah. Biarkan pohan mawar itu sentiasa mekar harum agar hati ini terus damai wangi sentiasa, damai terus mencari agar haruman itu terus meresap ke dalam kalbu.. jangan biar jalan yang aku lalui ini hilang cahaya,hilang arah untuk aku menjalani hidup sebagai hamba yang kerdil.. kekuatan dalam diri aku perlukan untuk aku terus perjuangan yang belum pasti bila noktahnya..bantulah aku mencari rohani yang kian lemah ini... segala kudrat aku serahkan aku terima dengan redha.. hilangkan perasaan takutku, hilangkan perasaan curigaku, hilangkan perasaan benciku.. hadirkan kasih sayang dalam hidupku, hidupkan perasaan takutku padaMu Ya Allah.. semoga tinggalnya aku nanti bukan atas mana muslim tapi matiku nanti menjadi muslim yang sejati.. :'(

Monday, August 3, 2009

Bila Terduga Tanpa Menduga

Tahun ini begitu mencabar buat aku..permulaan begitu perlahan sama sekali tidak pernah melemahkan aku...setiap kali bila aku ingin berpatah arah, aku sering didokong oleh semangat kawan-kawan yang masih setia mendengar keluh kesah yang aku selalu lanungkan...aku berharap mereka tidak akan pernah rasa bosan...kerana aku tiada sesiapa yang begitu dekat dengan aku dan aku harap mereka sentiasa menjadi penggemar cerita duga aku... "hidup kalau tak ditimpa dugaan bukan hidup namanya" aku selalu pegang kata-kata itu...semakin dewasa rupanya aku...banyak pekara harus dilewati dan telah dilalui...selalu ingin rasa untuk berlari bila aku berperang!!! aku bukan takut tetapi aku tidak sanggup menghadapinya risau keputusan akhirnya nanti tidak akan menyebelahi aku... hanya beberapa bulan lagi yang tinggal untuk harus aku lalui sebelum aku mencari pekara lain untuk aku terus menyanjungi...bersabarlah AFFENDY JAILANI....

Puisi Ilahi

seorang sahabat memberikan lagu ini untuk aku dengar ciptaanya menyentuh perasaan aku...mengingatkan aku yang pergi tidak akan kembali cuma kenangan kekal abadi dalam diri...

Saturday, August 1, 2009

Imbasan "Yasmin Ahmad"


"skrip sewaktu Yasmin Ahmad menerima Anugerah Khas Juri, Anugerah Skrin 2008"

Kembara yang beribu batu itu sebenarnya bermula dengan satu langkah pertama. Jauh sudah anak asal Bukit Treh, Muar, Johor ini berjalan. "Aku ini orangnya optimistik dan sentimental sampai kadang-kadang menyakitkan hati terutama buat mereka yang rasa menjadi sinikal itu adalah cool. Setiap hari, aku berterima kasih kepada Allah atas apa yang dia beri kepada kita iaitu nafas kita, cinta yang ada dalam diri kita, kita bisa ketawa, malah kemampuan kita untuk makan dan minum." Itu catatan the storyteller yang namanya Yasmin Ahmad. Bidang akademiknya berakhir di England dalam bidang psikologi, tetapi darah yang mengalir dalam urat badannya ialah seni. Bermula sebagai penulis muda di syarikat pengiklanan Ogilvy & Mather dan kini sebati pula dengan syarikat Leo Burnett, Yasmin sudah melangkah jauh ke alam cerita, yakni filem, drama, dan iklan Petronas.Dia membuka mata kita bermula dengan karya drama agungnya. Rabun pada 2003 yang disiarkan di TV3 sebelum Yasmin melangkah lagi ke dunia perfileman menerusi Sepet, Gubra, Mukhsin juga serta yang terbaru, Muallaf. Pelbagai anugerah dari festival filem seluruh dunia sudah diperolehinya dari Berlin, Paris, Switzerland, Jepun, Korea, Manila, dan Jogja, termasuk yang terbaru ialah Special Mention Anugerah filem Terbaik Asia dan Timur Tengah di Festival Filem Antarabangsa Tokyo. Dan malam ini, Yasmin melakar sejarah lagi kerana dia adalah Penerima Anugerah Khas Anugerah Skrin 2008. dipersilakan, insan seni, pengarah terkenal Malaysia….Yasmin Ahmad!

p/s : bersyukur kerana sempat untuk aku mengenalinya walaupun hanya sekejap.. semoga rohnya dicucuri rahmat...Al Fatihah

Friday, July 10, 2009

Takdir...



MAMA AKU INGIN PULANG!!!



Mama oh mama
Aku ingin pulang
Ku rindu padamu
Dulu tak mendengar nasihatmu
Mama maafkan anakmu
Mama oh mama
Aku ingin pulang
Ku rindu padamu
Dia yg ku cinta telah berdusta
Kini tinggalkan anakmu
Hidupku kini tiada arti
Bagaikan burung di dalam sangkarnya
Ku ingin bebas dari derita
Mama tolonglah diriku
Dari belenggu cintanya
Cincin emas melingkar
Dia berikan dulu
Untuk apa kalau ia tak cinta
Gaun bersulam sutra
Dia berikan dulu
Untuk apa kalau ia tak rindu
Keringlah sudah airmataku
Mama aku ingin pulang

Wednesday, July 8, 2009

Tuesday, June 30, 2009

Bila hati memuncak pasti ia kembali sepi...

adakah dia sudah punya pasangan atau mungkin mereka hanya teman tapi mesra???apakah itu??? haha mitos itu selalu terjadi...adakah sebab cemburu atau terlalu obses mencari cinta... mungkin juga perasaan yang perasan...he..he..he.. kekadang manusia semakin pelik bila ada yang mendesak? mendesak kenapa perlu didesak? ia sepatutnya terangsang dari hati yang luhur... mungkin sebab nafsu menyebabkan diri ingin dipunyai seperti orang lain... pengenalan pertama sepatutnya diselikan dengan perasaan.. dari hati sebenarnya bukan berkasih tapi cuba mengasih...lebih baik ia terus tersimpan bersama angan-angan... jika itu benar maka jalanya pasti mudah, jika sulit maka laluan yang dilalui pasti sesat... heheheh harap esok kita akan melupakan perasaan yang lalu dihati ini agar masa tersimpan itu kepunyaan yang lain...

Si Pengemis Cinta

Hidup di dalam hati yang kita tinggalkan bukanlah mati.Sesuatu yang dicintai selalu indah.

Apa yang berasal dari hati, Selalu menyentuh hati.

Kehadiran adalah lebih daripada sekedar berada disana.

Cinta menyembuhkan manusia, baik yang memberi maupun
yang menerimanya.

Tak ada kejutan yang lebih ajaib daripada mengetahui
bahwa diam-diam kita dicintai; hal itu seperti
merasakan tangan Tuhan di bahu kita.

Cinta adalah cara berjalan dengan penuh syukur.

Jalan yang dilalui cinta sejati tidak pernah mulus.

Cinta membuat sebulan serasa sejam, setahun serasa sehari;
dan setiap ketidakhadiran terasa bagaikan seabad.

Mencintai adalah meletakkan kebahagiaan kita didalam
kebahagiaan pasangan kita.

Hanya bila kita benar-benar sedar dan mengerti bahwa
waktu kita di dunia terbatas dan bahwa kita tak punya
cara untuk mengetahui bila waktu kita habis.
Kita akan menghayati setiap hari dengan sepenuh-penuhnya,
seolah-olah hidup kita hanya tinggal sehari itu.

Satu-satunya cara bila kita ingin hidup selamanya adalah
mencintai seseorang dengan demikian kita meninggalkan
sesuatu yang berharga.

Monday, June 29, 2009

Diva Bertemu Diva







Siti Nurhaliza di Istana Budaya dan Rossa di KL Live @ Life Centre

Penantian

Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu seksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

Penantian

Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu seksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

Thursday, June 25, 2009

Perginya MJ..


sukar meneliti, tapi inilah hakikat manusia tersohor yang pergi meninggalkan kita sudah pasti namanya,jasa dan kenangan lalu tersemat terpahat didalam hati...berjuta tangisan mengiringi pemergianya...namun tentu bersebab pada hayat usianya beliau melakukan sesuatu untuk mengubah dasar yang telah tercipta...aku percaya semua manusia punya peluang kedua, ketiga dan seterusnya.. harapan semoga ia aman dialam lain...

Wednesday, June 24, 2009

Sunday, June 21, 2009

Chow Kit...

Sesiapa sahaja yang mengetahui kawasan ini...inilah gelangang untuk manusia memulakan hidup baru satu ketika dulu... jika dikenang kawasan ini pernah diberi penghormatan oleh penghibur No 1 asia iaitu Sudirman untuk mengadakan persembahan secara percuma ditengah-tengah jalan yang kini dikelilinginya dipenuhi bangunan pengcakar langit... Dulu ia gagah berdiri kerana disini mereka yang baru sampai ke Kuala Lumpur mula mengenal sebuah erti kehidupan dan bertarung mencari rezeki disebuah Kota Besar Kuala Lumpur..namun tempat yang pernah gah dan menjadi bualan masyarakat itu bertukar menjadi satu delta yang agak suram...wilayah yang luar biasa bertukar menjadi kelam... wilayah tumpuan umum ini tidak lagi bermaya...jika dulu menjadi syurga umum sekarang ini menjadi tumpuan tikus, lipas yang menjadikan tempat ini sebagai syurga mereka

kawasan yang dulu merupakan kawasan ladang yang dipenuhi batas kelapa sawit kini bertukar menjadi kawasan perniagaan yang menjadi tumpuan perniaga kecil bagi tujuan jual beli bagi mereka meneruskan hidup...apalah maksud tempat ini juga dimalam hari bertukar menjadi gagasan dan tumpuan si Kupu-kupu malam untuk muncul memuaskan nafsu penghuni kota yang rukus dan dahagakan kasih terlarang..kini tempat yang sebegitu gah tidak lagi dipeduli...adakah zamannya gemilangnya sudah berakhir...jangan siakan wilayah yang merupakan pengenalan umum ini...jangan biar dibelenggu titik hitam itu untuk terus menghitam...

Jangan biar wilayah ini terus hanyir!!!

Tuesday, June 16, 2009

Hati Semakin Ringan Untuk Pergi!!!

Setelah berhari aku fikirkan mungkin jawapan untuk persoalan itu telah aku jawab...melangkah kaki untuk pergi...untuk masa depan yang aku tak pasti... mungkin juga aku tidak impikan suasana paksaan ini lagi... hati aku tidak seikhlas dulu... bukan aku sahaja yang mengharapkan yang baik begitu juga dengan kawan-kawan aku yang lain...buat apa masih setia jika penaklukanya masih sama... tiada bezanya... masanya tidak untuk aku buat pilihan atas dasar keuntungan diri bukan lagi untuk kemanusiaan... aneh orang lain lebih menghargai dari mereka yang sepatutnya... singkap peluang yang ada dihadapan aku...


mungkin ini suatu pembelajaaran baru untuk diri aku...suatu pembuktian yang aku selalu boleh lakukan...yang lain aku harap doa menjadi nyata....

Friday, May 29, 2009

Imbasan Kami Selaku Duta BERNAMA



Disebelah kiri Intan Cantik telah berjaya sebagai salah seorang kuat di BMW...malangnya tak penah pun bawak naik keta2 BMW!!! maintain dengan laki sabahan dia!!!



Yang pakai spek ni Ayon la gagap...penulis skrip yang berjaya di Astro..dah ada sorang anak...huh tahniah...aku bila lagi...



biasalah dalam team mesti ada sorang yang songsang...yang pakai kemeja putih tu Intan...skank ni sambung study!!! bila la nak abis...

aku wendu korang semua...wendu saat-saat kita mengelat lari dari office... wendu!!!

hari yang suam!!!

suam tak bererti panas...panas tak bererti ia tidak akan hujan... tapi ini dapat digambar bila pengharapan tiap tercapai seperti yang diharapkan... terasa asing sendu tanpa bisikan... rindu itu sentiasa bersama... bukan ingin memberikan peratus terhadap kejayaan dulu tapi terasa ingin kembali menyatu setelah sekian ia terpisah... bukan sebab paksaan tapi bisikan kenangan itu menjadi pegangan... kenapa aku sering menjadi mangsa atas pilihan orang lain..

Friday, May 22, 2009

Kerana Suratan!!!

usia berlalu bersama zaman...aku terbuai sehingga lupa pengalaman lalu pernah mengiris hati ini.aku masih percaya dengan tenaga yang aku masih miliki. mencari kekuatan melawan segala kedukaan.aku sering terlupa yang aku sebenarnya lemah bila ia lalu dan menghampiri diri ini.... kemana dia pergi biar aku tergapai mencari bisikan yang ku sangka ia abadi... rupaya ia abadi hasil ciptaan aku sendiri...mungkin langit itu tidak selalunya cerah...cerah mencari sinar hindar dari kegelapan binaan sendiri... selagi bernama manusia manakan kenal erti puas...puas bila berkurun penantian itu akan berakhir dengan penyesalan..

kucar kacir bila aku sendiri lupa yang itu sebenarnya hanyalah baru permulaan..permulaan bagi insan yang baru hendak mengenal dunia... hidup mati ini bukan semata-mata untuk mencari pekara yang tak pasti... tapi menjalani ujian demi ujian selagi kita bernama manusia atas nama insan... insan berbalas kasih, bukan abadi tetapi hakiki...mengalir kata-kata indah tidak bererti lidah selembut ayat yang mengalir...takut jika lidah bertukar menjadi tulang...

diam bukan bererti sepi...kegagalan lalu tidak lagi berapi...tapi debu yang tinggal masih lagi melekat dalam tiupan tipuan dosa. ingkari lalu bukan penjelasan terbaik berkata pada dosa yang boleh disucikan dengan keberanian dan bukan paksaan tapi kerelaan... bukan pengaruh tapi tipu ciptaan sendiri...jangan pernah belajar menyalahkan orang lain...terus belajar mengenal diri...terima kasih pada dugaan, terima kasih cacian, terima kasih takdir...pemberian yang buat aku belajar mengenal diri...jangan menangis kerana ia tidak dapat memandamkan api yang sedang membara...

ayuh terus gerakkan diri.. lalu onak dan duri walau ia hanya seperti titian usang menlangkaui batas usia...jangan biar laut itu bergelora hingga taufan membelah bumi...sepi kesuraman menderas melabuh tanda akuri bahawa ia hanya satu perjanjian alam...

mengapa aku yang selalu mengalah!!!

mengalah tak bererti menutup segala peluang yang ada...tak bererti itu bukan jalan terbaik lari dari semua... menundukkan pelanduk yang tajam berbisa pasti sisa luka berdarah mengalir lagi... berbual tentang antara kasih, kerjaya, usia dan masa depan adalah sesuatu yang mengerunkan...tertanya mungkin dimana pengakhiran untuknya? mengalah itu ke menjadi pegangan... setulus hati mengatakan diri bukan lagi anak-anak yang masih tergapai-gapai mencari susuan... bila tak seindah tak sempurna adakah itu ditakdirkan? jawapan dicintai dan dikasihi itu sebenarnya jawapan dari ketidaksempuranaan sesuatu ciptaan...maka redha dan terima ketentuan itu lebih sesuai dari berkata tentang TAKDIR...entah!!! tidak!!! iya!!! benar!!! mana satu sebenarnya lebih banyak aku ungkapkan? lebih baik berdiam..takut dengan jawapan yang akan berakhir dengan ketentuaan... takut diselebungi kepompong yang akan menebal dihati...jawapan masih samar?kerana aku masih tidak jujur dengan diri aku sendiri...

Thursday, May 7, 2009

Pergi tak disuruh... datang tak diminta....

hari duka bertukar lara...itu yang pasti...bertemu dengannya bukan lagi sesuatu yang menjengkelkan lagi... datang dan pergi itu yang terjadi... mencurah hati seperti mahu menatap ia kembali... itu yang terjadi... bukan kepasrahan tapi satu kekeliruan... bukan aku mahu lari dari kenyataan cuma aku mahu belajar dari hakikat... tapi usikan hari itu benar buat aku keliru apakah masih aku dihargai atau aku diperlukan sebagai pemuas? pemuas hati yang "kurang kasih sayang" itulah persoalan yang tragis jika jawapan positif yang aku berikan padanya...aku mampu tersenyum... kerana masih mahukan perhubungan itu seindah dan sekadar teman biasa yang aku sanjungi... jerih bila sekali lagi aku diperlakukan seolah dia tidak menjulang aku ditempat sepatutnya... dan berlainan pula dihari kejadian itu, dengan merapati aku dikhalayak teman yang aku rasa perbuatanya yang aku sendiri boleh istilahkan RAKUS... rakus tanpa berfikir panjang... namun aku bukan jadikan kejadian itu sebagai sandaran malah aku menganggap ia sebagai gurauan sinis bagi mereka yang RAKUS!!! sebagai penghargaan ciuman terakhir itu aku berikan sebagai tanda rangkuman kisah lalu yang mungkin tidak pernah akan terjadi lagi dalan jilid hidup aku... terima kasih...pergi tak disuruh datang tak dipinta...andai sudah jodoh insyaallah...

Monday, May 4, 2009

Seakan Sama... Tapi Serupa...

123
Go...
Kan ku berikan semua,
Agar kau gembira sentiasa,
Engkau tetap pergi,
Pergi meninggalkan ku sendiri.

Jangan disimpan tiada rahsia,
Katakan saja ku terima,
Engkau tetap pergi,
Pergi meninggalkan ku sendiri.

Waktu duka dulu kita lalui bersama,
Bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang,
Hancur hati bila kau undurkan diri,
Meninggalkan daku, meninggalkan daku sendiri.

Senyuman manis dibawa angin,
Ku tunggu dikau terasa dingin,
Engkau tetap pergi,
Pergi meninggalkan ku sendiri.

Jangan disimpan tiada rahsia,
Katakan saja ku terima,
Engkau tetap pergi,
Pergi meninggalkan ku sendiri.

Waktu duka dulu kita lalui bersama,
Bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang,
Hancur hati bila kau undurkan diri,
Meninggalkan daku, meninggalkan daku sendiri.

Let's go
Hu!
Lalalalalala...
Huhuhu...
Hahaha

Waktu duka dulu kita lalui bersama,
Bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang,
Hancur hati bila kau undurkan diri,
Meninggalkan daku, meninggalkan ku sendiri.

Waktu duka dulu kita lalui bersama,
Bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang,
Hancur hati bila kau undurkan diri,
Meninggalkan daku, meninggalkan ku sendiri...

Monday, April 27, 2009

Lumut!!!

heheheh....tak seindah seperti yang digambarkan...perjalanan yang sepi kiri dan kanan ditemani pokok kelapa sawit...jalan toksah cakap azab!!!hahahha apapun melangkah kaki keluar dari bas aku rasa puas sangat sebab dapat keluar hindar dari segala masalah yang ada... mungkin ini terapi yang agak baik.. biar kerja bertimbun asal dihargai itu yang pentingg...



petang kami bermula berlari di pantai...



melompat!!!



Jangan biar hari ini berhenti...



namun ini baru permulaan...



Malam kami bermula...



kejayaan kami...



Raikan malam kami...

Thursday, April 9, 2009

kenapa perlu ada dendam?

pekara minggu ini betul-betul mengajar aku untuk lebih pentingkan diri sendiri bukan dalam kerja tapi dalam semua pekara... jangan sekali biar ditindas lagi!!! kata maaf sudah diberi tapi ego masih lagi sebatu! hasil siasat memang dia gemar bermuka! aku masih punya kesabaran...jangan biar aku bertukar seperti aku yang dulu... aku seorang yang berdendam... jika aku dikenakan pasti berganda akan aku berikan.... itu prinsip dan janji aku!!! jangan biar aku hilang rasa hormat!!! jangan bercakap jika menyerlahkan kebodohan sendiri...aku juga punya strategi... jangan ingat dengan ugutan itu buat aku menangis? hahahha tolong jadi matang aku tak perlu itu semua...sebab tiada selesainya... jangan ambil kesempatan atas kelembutan kebaikan orang lain...ingat lambat laut kau sendiri yang akan berpaling pandang aku kembali...

Tuesday, April 7, 2009

Monday, March 30, 2009

Luluskan Permohonan aku...

Impian tidak setinggi gunung...mungkin ini jalan terbaik untuk aku pergi...pergi ke satu tempat yang lebih baik... bukan permintaan sesiapa tapi permintaan hati... jalan terbaik untuk lepaskan semua... sakit juga bila terus langsung disini... pergi bukan mengalah tapi untuk kejayaan di masa depan... mungkin juga itu pilihan terbaik walau hati berat sekali... terlalu lama menunggu peluang ini... takut dan tidak yakin juga selalu terlintas dihati ini... apakan daya pemohonan ini bukan untuk sesiapa tapi diri sendiri...harapan khabar yang baik akan aku terima... aku senang sekali punya kawan seperti sekarang walau kadang-kadang mereka ini pelik tapi menghiburkan aku... mungkin ini untuk menghidupkan harapan yang telah mati...aku ingin pergi ... terlalu ingin pergi... aku terlalu memendam rasa dan mungkin ini peluang terbaik untuk aku lari supaya tidak terbelenggu lagi... izinkan semuanya berjalan seperti apa yang aku harapkan... izinkan aku berganti hati... harus aku ganti... AMIN...

Bersama wanita "Anggun"


Jangan Meminta...

Jangan meminta...jangan mengharap kepada pengharapan yang tidak pasti...jika hadir itu sebenarnya cinta...jangan pernah sanggup lagi kuburkan lafaz janji itu... selalu bersumpah hingga ke akhir hayat...namun itu kata kiasan dan madah cinta bagi mereka yang bermimpi... mana letaknya rahsia yang dijanjikan... impian puncak terlalu tinggi...rasa takut sekali bila terpisah lagi... kata-kata ijab mungkin sebenarnya akan menjadi kata pemutusan... bukan kata untuk berhenti berharap tapi cuma terus mencari pengharapan...katakan lah kepada aku bahawa hadirmu itu semata-mata cinta... jangan ucap jika engkau sebenarnya harus berkorban hingga aku sanggup kau tinggalkan... kata demi kata merubah segalanya... mungkin perharapan menjadi impian dan impian akan berakhir ikatan...

Sunday, March 22, 2009

Panggilan...

Hari ini aku mendapat panggilan yang rasanya cukup membinggungkan… tak faham tak mengerti kenapa masih mahu menghubungi aku…cukuplah buat aku begini… jangan ganggu aku… tiada apa lagi yang aku harapkan Cuma jauhkan diri daripada aku…puas aku cuba lupakan akhirnya sekali sekala kau muncul sekadar Tanyakan khabar…jangan cuba bawa harapan yang pernah kau putuskan dulu… biarlah kita berpisah tiada lagi istilah kawan… biarkan lah ia berlalu…semua ini adalah kebaikan bersama…tiada siapa yang akan terluka lagi…mungkin ada kebaikanya kenangan lalu dilupakan…harus tinggal dan meninggalkan jangan bicara tentang soal mengambil berat yang selama ini kau sendiri yang mengabaikan… aku lebih selesa disini… punya hasrat dan cita-cita yang harus aku teruskan…mungkin tempat ini akan aku tinggalkan…meneruskan impian yang aku sendiri tak pasti…hilanglah daripada hidup ini… jangan kau dekati lagi…

Awan & Fie







Nak lagi...



Gayat tapi best!!!



heeeeeh