Thursday, September 10, 2009

23 tahun

Tahajjud Cinta...

Kau datang ketika duka.
Dan bintang bercahya.
Tunjukku jalan syurga.
Ku haus di tengah laut.
Lemas mencari tempat berpaut.

Kirimkan aku kekuatan.
Peta pedoman di kesesatan.
Ku sunyi dalam gembira.
Perit pedih tanggung derita.
Sungguh aku bukan wali.
Yang suci dari hina dan benci.

Terlalu lama aku mencuba.
Terlalu banyak cinta kudamba.
Tiada yang sempurna hanyalah fana.
Tuhan ampuni hambamu.

Ku rebah didada malam.
Memecah dendam yang lama.
Diam kutanggalkan baju dunia.
Dakapku dengan selimut syurga.

Ya tuhanku.
Hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu.
Limpahiku rahmat kasihMU
DALAM TAHAJJUD CINTA BERSUJUD....

Wednesday, September 2, 2009

Aku Belum Merdeka.

Permulaan tahun 2009 tidak selancar seperti yang aku harapkan..permulaan begitu sukar dan semuanya melibatkan soal kerjaya. satu persatu dugaan diterima sehingga merasakan diri ini kebas dan kadangkala terfikir untuk berpatah balik. namun demi cita-cita, aku akur lalu mengganggap ini adalah permulaan kerjaya. tiada persoalan untuk memberontak cuma menagih untuk dihargai. aku cuma berharap aku tidak lagi diasak dengan pelbagai dugaan..sakit bila di khianati, sakit bila hak sendiri dicabuli sedangkan mereka yang lain boleh menari bergolek tanpa sebarang pertikaian..mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa lama yang pernah aku lakukan atau mungkin pernah menyakitkan perasaan seseorang hingga aku tersumpah menerima balasan.. ampunkan aku Ya Allah, maafkan aku wahai teman, jangan diceraikan hati-hati nan sedia menerima keredaan dan segala ketentuan.. aku mohon agar aku merdeka dan bebas dalam menguruskan kerjaya aku sampai akhir hayat ini. :'(