Tuesday, October 27, 2009

Mengapa perlu perselingkuh?

Perlukah kejujuran dalam perhubungan? bagaimana jika pasangan sendiri tidak pernah tahu untuk berterus terang dan jujur...mungkin menyimpan rahsia umpama menyimpan dendam...haruskah aku bersuara jika kau punya kekurangan? haruskah aku menduakan jika diri kau terus biarkan aku digoda...aku hanya minta agar kau setia hingga abadi cinta dan hanya mampu mengharap setia kasih dari kau...bagaimana caranya agar kau mengerti bahawa aku kini sudah jatuh cinta pada yang lain..mungkin hati aku telah bergema terima hati lain..mungkin kerana aku sepi dari kejujuran...jangan pernah salahkan aku jika perasan ini mula mengular pada yang lain... bukan aku tidak belajar untuk setia tapi hati berkata kau bukan miliku namun disudut hati sukar untuk aku melepaskan hubungan yang pernah aku cipta bersama kau..

Pilihan

Mengapa pilihan selalu tidak tetap?

Mengapa kita perlu membuat pilihan?

Mengapa pilihan begitu menyiksakan?

Mengapa pilihan tidak selalunya menjanjikan keceriaan?

Mengapa banyak pilihan dalam hidup ini?

Jika diberi pilihan hanya mahu untuk terus bertahan...juga ingin hidup seperti biasa..

Sunday, October 18, 2009

bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia?

mencari cinta, mencari setia, mencari tulus dan mencari bahagia pasti gagal akhirnya...diri tetap usaha selongkar erti makna cinta namun akhirnya pasti kecundang...yang pasti tersirat membawa maksud dan yang tersurat pasti membawa jawapan... meletakkan diri ditempat sepatutnya merupakan pilihan tepat supaya perlekeh si dia tidak lagi menjadi senjata yang hanya mahu mengambil kesempatan atas perhubungan cinta... susah kalau hubungan 100% diberikan walhal diri sendiri tiada apa yang diperolehi kembali menerusi hubungan cinta dan akhirnya kita ditinggalkan atas kenangan yang tak pernah abadi... di akhir pertemuan tentu sahaja penyesalan yang ungkapkan tapi kenapa tidak semasa kita dipuncak bahagia? bahagia itu ubat bagi melupakan segala kedukaan... namun bila kebahagiaan diragut cinta pasti putus dan bersedia menanti kesal... mungkin detik kebahagiaan menanti waktu untuk diraikan... Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia...