Tuesday, April 13, 2010

Teman soSIAL atau Teman laman soSIAL

kedua-duanya hidup dalam alam yang nyata..bezanya merasa atau tidak.. selalunya mencari kawan karib memang susah..untuk mencari mereka yang benar-benar bersama kita waktu susah dan senang.. entah macam mana merasakan bahawa untuk mengenal hati seorang KAWAN itu susah.. bukan semua boleh mengikut rentak kita dan bukanya mudah bagi kita mengikut rentaknya.. adakala pendapat itu selalunya susah untuk dicapai kata sepakat.. apa sebabnya? mungkin sebab terlalu lama berkawan membuatkan kita hilang hormat pada KAWAN sendiri.. KAWAN juga perlu dihormat..bukan untuk ditatang tapi sekadar memahami yang kadangkala KAWAN ni juga perlukan KAWAN lain untuk mengisi ruang hati ini.. papun KAWAN sejati tetap akan menjadi sejati...