Saturday, August 15, 2009

Bijak Berseni Opick.


Sebenarnya aku tidak tahu banyak tentang apa dan siapa itu Opick. Namanya baru aku kenal waktu aku dijemput ke Universiti Islam Antarabangsa sempena malam kebudayaanya dan Opick dijemput oleh penuntut disana untuk membuat persembahan. malam itu sedikit sebanyak pengenalan tentang peribadi Opick diceritakan. sebelum menyanyikan lagu-lagu nasyid, Opick merupakan penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu bergenre rock. setelah mendengar persembahan pertamanya aku mula jatuh hati melalui penyampaianya yang begitu bersahaja dan merasakan keikhlasan menyampaikan bait-bait lirik serta melodi indah. sikap rendah diri itu menyebabkan beliau sentiasa disenangi oleh semua orang. Opick menulis lirik sederhana, tidak berlebih-lebih, namun perpaduan antara melodi dan kata-kata telah membangunkan keindahan. Malam itu, saya menerima keindahan yang lahir dari hati yang berserah diri. Mungkin segala yang diungkapkan oleh Opick bukan sebuah nasihat. Ia sedang menceritakan dirinya sendiri yang selalu rindu untuk dipandang sebagai orang biasa. Rasanya saya juga orang biasa. Untuk itu, saya mendadak ingin memiliki dua hal yang telah Opick punyai sebagai kekayaan pencarian dan keterbatasan. aku teringat kata-katanya malam itu "saya mendapatkan ketenangan dengan berwuduk ketika saya dalam kegelisahan".

Thursday, August 13, 2009

Nasi Dulang



Ustaz Asri Dalam Kenangan


Aku sempat mendengar ceramah pertama dan terakhir arwah sebelum arwah pergi meninggalkan dunia..itu pun secara kebetulan sempena sidang media program yang bakal ditayangkan oleh TV3 & TV9 sepanjang Ramadhan.. dalam majlis sidang media itu aku sempat untuk solat berjemaah dengan yang lain.. rasanya itu jemaah yang pertama kali aku tunaikan sepanjang aku berkhidmat di Media Prima dan hari itu juga merupakan hari pertama aku merasai makan dulang beramai-ramai.. lain rasanya, kebetulan majlis itu untuk meraikan kedatangan bulan penuh kemuliaan, kerahmatan iaitu bulan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi.. kebetulan dalam majlis itu Ustaz Asri hanya dijemput untuk memberikan tahlil dan bukanya ceramah.. biasalah mana-mana program dan majlis yang berlangsung pertukaran disaat-saat akhir itu pekara biasa, dan Arwah dipilih untuk memberikan sedikit ceramah berkaitan "Ramadhan".. aku teringat kata-katanya " sentiasalah berdoa setiap hari untuk kesejahteraan agar kita akan dapat lalui dan mengerjakan rukun islam ke-3 itu yang belum tentu dan pasti sempat dan berpeluang untuk melakukan ibadah bulan seribu rahmat ini atau tidak.." kata-kata itu mengingatkan aku yang soal ajal maut itu sebenarnya tidak memilih bulan dan tahun...takziah buat keluarganya..

Tuesday, August 11, 2009

Sepuas Melangkah...

Langkah kaki kian maju!
Maju mencari sinar baru!
Penat sudah meredah kelam yang kelabu..
Akur sebenarnya laluan serong ini harus dilalu..
Usah takut menanti takdir mendatang..
Mungkin hanya gerhana menanti terang..
Terang lalu bersuluh hati, hati yang ikhlas penunjuk abadi..
Jangan biar badai merintih kelak nanti binasa budi..

Thursday, August 6, 2009

Ya Allah lindungi aku, Jauhi aku dari titik hitam...

Sudah jauh aku pergi, pergi membawa diri ini tanpa haluan.. aku semakin gementar kerana aku merasa aku begitu jauh dariMu Ya Allah.. aku risau mana perginya iman dan takwa aku sebagai seorang muslim.. Ya Allah bukakan hati ini, jauhkan hati ini dari segala gangguan yang sentiasa cuba menyesatkan hambamu ini...agar aku kenal makrifat, menghayati keagungan kebesaranMu Ya Allah. Biarkan pohan mawar itu sentiasa mekar harum agar hati ini terus damai wangi sentiasa, damai terus mencari agar haruman itu terus meresap ke dalam kalbu.. jangan biar jalan yang aku lalui ini hilang cahaya,hilang arah untuk aku menjalani hidup sebagai hamba yang kerdil.. kekuatan dalam diri aku perlukan untuk aku terus perjuangan yang belum pasti bila noktahnya..bantulah aku mencari rohani yang kian lemah ini... segala kudrat aku serahkan aku terima dengan redha.. hilangkan perasaan takutku, hilangkan perasaan curigaku, hilangkan perasaan benciku.. hadirkan kasih sayang dalam hidupku, hidupkan perasaan takutku padaMu Ya Allah.. semoga tinggalnya aku nanti bukan atas mana muslim tapi matiku nanti menjadi muslim yang sejati.. :'(

Monday, August 3, 2009

Bila Terduga Tanpa Menduga

Tahun ini begitu mencabar buat aku..permulaan begitu perlahan sama sekali tidak pernah melemahkan aku...setiap kali bila aku ingin berpatah arah, aku sering didokong oleh semangat kawan-kawan yang masih setia mendengar keluh kesah yang aku selalu lanungkan...aku berharap mereka tidak akan pernah rasa bosan...kerana aku tiada sesiapa yang begitu dekat dengan aku dan aku harap mereka sentiasa menjadi penggemar cerita duga aku... "hidup kalau tak ditimpa dugaan bukan hidup namanya" aku selalu pegang kata-kata itu...semakin dewasa rupanya aku...banyak pekara harus dilewati dan telah dilalui...selalu ingin rasa untuk berlari bila aku berperang!!! aku bukan takut tetapi aku tidak sanggup menghadapinya risau keputusan akhirnya nanti tidak akan menyebelahi aku... hanya beberapa bulan lagi yang tinggal untuk harus aku lalui sebelum aku mencari pekara lain untuk aku terus menyanjungi...bersabarlah AFFENDY JAILANI....

Puisi Ilahi

seorang sahabat memberikan lagu ini untuk aku dengar ciptaanya menyentuh perasaan aku...mengingatkan aku yang pergi tidak akan kembali cuma kenangan kekal abadi dalam diri...

Saturday, August 1, 2009

Imbasan "Yasmin Ahmad"


"skrip sewaktu Yasmin Ahmad menerima Anugerah Khas Juri, Anugerah Skrin 2008"

Kembara yang beribu batu itu sebenarnya bermula dengan satu langkah pertama. Jauh sudah anak asal Bukit Treh, Muar, Johor ini berjalan. "Aku ini orangnya optimistik dan sentimental sampai kadang-kadang menyakitkan hati terutama buat mereka yang rasa menjadi sinikal itu adalah cool. Setiap hari, aku berterima kasih kepada Allah atas apa yang dia beri kepada kita iaitu nafas kita, cinta yang ada dalam diri kita, kita bisa ketawa, malah kemampuan kita untuk makan dan minum." Itu catatan the storyteller yang namanya Yasmin Ahmad. Bidang akademiknya berakhir di England dalam bidang psikologi, tetapi darah yang mengalir dalam urat badannya ialah seni. Bermula sebagai penulis muda di syarikat pengiklanan Ogilvy & Mather dan kini sebati pula dengan syarikat Leo Burnett, Yasmin sudah melangkah jauh ke alam cerita, yakni filem, drama, dan iklan Petronas.Dia membuka mata kita bermula dengan karya drama agungnya. Rabun pada 2003 yang disiarkan di TV3 sebelum Yasmin melangkah lagi ke dunia perfileman menerusi Sepet, Gubra, Mukhsin juga serta yang terbaru, Muallaf. Pelbagai anugerah dari festival filem seluruh dunia sudah diperolehinya dari Berlin, Paris, Switzerland, Jepun, Korea, Manila, dan Jogja, termasuk yang terbaru ialah Special Mention Anugerah filem Terbaik Asia dan Timur Tengah di Festival Filem Antarabangsa Tokyo. Dan malam ini, Yasmin melakar sejarah lagi kerana dia adalah Penerima Anugerah Khas Anugerah Skrin 2008. dipersilakan, insan seni, pengarah terkenal Malaysia….Yasmin Ahmad!

p/s : bersyukur kerana sempat untuk aku mengenalinya walaupun hanya sekejap.. semoga rohnya dicucuri rahmat...Al Fatihah