Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Dalam Kenangan


Aku sempat mendengar ceramah pertama dan terakhir arwah sebelum arwah pergi meninggalkan dunia..itu pun secara kebetulan sempena sidang media program yang bakal ditayangkan oleh TV3 & TV9 sepanjang Ramadhan.. dalam majlis sidang media itu aku sempat untuk solat berjemaah dengan yang lain.. rasanya itu jemaah yang pertama kali aku tunaikan sepanjang aku berkhidmat di Media Prima dan hari itu juga merupakan hari pertama aku merasai makan dulang beramai-ramai.. lain rasanya, kebetulan majlis itu untuk meraikan kedatangan bulan penuh kemuliaan, kerahmatan iaitu bulan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi.. kebetulan dalam majlis itu Ustaz Asri hanya dijemput untuk memberikan tahlil dan bukanya ceramah.. biasalah mana-mana program dan majlis yang berlangsung pertukaran disaat-saat akhir itu pekara biasa, dan Arwah dipilih untuk memberikan sedikit ceramah berkaitan "Ramadhan".. aku teringat kata-katanya " sentiasalah berdoa setiap hari untuk kesejahteraan agar kita akan dapat lalui dan mengerjakan rukun islam ke-3 itu yang belum tentu dan pasti sempat dan berpeluang untuk melakukan ibadah bulan seribu rahmat ini atau tidak.." kata-kata itu mengingatkan aku yang soal ajal maut itu sebenarnya tidak memilih bulan dan tahun...takziah buat keluarganya..

1 comment:

Anonymous said...

excuse me. serius ker ustaz asri tu da meninggal?