Saturday, August 1, 2009

Imbasan "Yasmin Ahmad"


"skrip sewaktu Yasmin Ahmad menerima Anugerah Khas Juri, Anugerah Skrin 2008"

Kembara yang beribu batu itu sebenarnya bermula dengan satu langkah pertama. Jauh sudah anak asal Bukit Treh, Muar, Johor ini berjalan. "Aku ini orangnya optimistik dan sentimental sampai kadang-kadang menyakitkan hati terutama buat mereka yang rasa menjadi sinikal itu adalah cool. Setiap hari, aku berterima kasih kepada Allah atas apa yang dia beri kepada kita iaitu nafas kita, cinta yang ada dalam diri kita, kita bisa ketawa, malah kemampuan kita untuk makan dan minum." Itu catatan the storyteller yang namanya Yasmin Ahmad. Bidang akademiknya berakhir di England dalam bidang psikologi, tetapi darah yang mengalir dalam urat badannya ialah seni. Bermula sebagai penulis muda di syarikat pengiklanan Ogilvy & Mather dan kini sebati pula dengan syarikat Leo Burnett, Yasmin sudah melangkah jauh ke alam cerita, yakni filem, drama, dan iklan Petronas.Dia membuka mata kita bermula dengan karya drama agungnya. Rabun pada 2003 yang disiarkan di TV3 sebelum Yasmin melangkah lagi ke dunia perfileman menerusi Sepet, Gubra, Mukhsin juga serta yang terbaru, Muallaf. Pelbagai anugerah dari festival filem seluruh dunia sudah diperolehinya dari Berlin, Paris, Switzerland, Jepun, Korea, Manila, dan Jogja, termasuk yang terbaru ialah Special Mention Anugerah filem Terbaik Asia dan Timur Tengah di Festival Filem Antarabangsa Tokyo. Dan malam ini, Yasmin melakar sejarah lagi kerana dia adalah Penerima Anugerah Khas Anugerah Skrin 2008. dipersilakan, insan seni, pengarah terkenal Malaysia….Yasmin Ahmad!

p/s : bersyukur kerana sempat untuk aku mengenalinya walaupun hanya sekejap.. semoga rohnya dicucuri rahmat...Al Fatihah

No comments: