Wednesday, September 2, 2009

Aku Belum Merdeka.

Permulaan tahun 2009 tidak selancar seperti yang aku harapkan..permulaan begitu sukar dan semuanya melibatkan soal kerjaya. satu persatu dugaan diterima sehingga merasakan diri ini kebas dan kadangkala terfikir untuk berpatah balik. namun demi cita-cita, aku akur lalu mengganggap ini adalah permulaan kerjaya. tiada persoalan untuk memberontak cuma menagih untuk dihargai. aku cuma berharap aku tidak lagi diasak dengan pelbagai dugaan..sakit bila di khianati, sakit bila hak sendiri dicabuli sedangkan mereka yang lain boleh menari bergolek tanpa sebarang pertikaian..mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa lama yang pernah aku lakukan atau mungkin pernah menyakitkan perasaan seseorang hingga aku tersumpah menerima balasan.. ampunkan aku Ya Allah, maafkan aku wahai teman, jangan diceraikan hati-hati nan sedia menerima keredaan dan segala ketentuan.. aku mohon agar aku merdeka dan bebas dalam menguruskan kerjaya aku sampai akhir hayat ini. :'(

No comments: