Sunday, June 21, 2009

Chow Kit...

Sesiapa sahaja yang mengetahui kawasan ini...inilah gelangang untuk manusia memulakan hidup baru satu ketika dulu... jika dikenang kawasan ini pernah diberi penghormatan oleh penghibur No 1 asia iaitu Sudirman untuk mengadakan persembahan secara percuma ditengah-tengah jalan yang kini dikelilinginya dipenuhi bangunan pengcakar langit... Dulu ia gagah berdiri kerana disini mereka yang baru sampai ke Kuala Lumpur mula mengenal sebuah erti kehidupan dan bertarung mencari rezeki disebuah Kota Besar Kuala Lumpur..namun tempat yang pernah gah dan menjadi bualan masyarakat itu bertukar menjadi satu delta yang agak suram...wilayah yang luar biasa bertukar menjadi kelam... wilayah tumpuan umum ini tidak lagi bermaya...jika dulu menjadi syurga umum sekarang ini menjadi tumpuan tikus, lipas yang menjadikan tempat ini sebagai syurga mereka

kawasan yang dulu merupakan kawasan ladang yang dipenuhi batas kelapa sawit kini bertukar menjadi kawasan perniagaan yang menjadi tumpuan perniaga kecil bagi tujuan jual beli bagi mereka meneruskan hidup...apalah maksud tempat ini juga dimalam hari bertukar menjadi gagasan dan tumpuan si Kupu-kupu malam untuk muncul memuaskan nafsu penghuni kota yang rukus dan dahagakan kasih terlarang..kini tempat yang sebegitu gah tidak lagi dipeduli...adakah zamannya gemilangnya sudah berakhir...jangan siakan wilayah yang merupakan pengenalan umum ini...jangan biar dibelenggu titik hitam itu untuk terus menghitam...

Jangan biar wilayah ini terus hanyir!!!

1 comment:

Ashraff Bennett said...

chowkit best!

i donow why i said this.
but i love chow kit.
mydin murah barang2 die.
;)