Tuesday, March 10, 2009

Bila ego lebih dewasa dari akal fikiran…

Susah nak cakap tentang ego… semua orang pun punya perangai yang sama.. Cuma bezanya tahap fikiran seseorang itu untuk mengambilnya sebagai sesuatu pekara yang positif..jangan cepat melatah dan takut dengan teguran yang diberikan… seandainya teguran itu diberikan itu adalah sebagai tanda kasih sayang kerana masih ada yang sudi memerhatikan tingkah laku kita yang menjengkelkan ini… kadang – kadang aku sendiri pun sukar untuk menerima teguran…umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan…

Adakah ego itu berkaitan dengan perasaan cemburu? Mungkin juga seseorang itu tidak pernah dapat dan merasai apa yang diinginkan pada masa dulu atau juga sikap cabar-mencabar dikalangan kawan-kawan membuatkan dia bersikap sebegitu … Sedih pula bila ada sebilangan diantara mereka ini yang begitu mengamalkan sikap kebudak-budakkan… sikap terlalu sensitif…yang perlu kita menurut setiap saat kata mereka…bukan kita juga berhak bersuara?

Bukan kita juga punya perasaan meluahkan sesuatu tindakan yang tidak semestinya kebenaran itu terletak ditanganya… berhenti mencari kepuasan untuk diri sendiri…fikirkan teman yang lain yang selama ini senantiasa mendoakan kebaikan kawan – kawan lain…. Syukur bila kejayaan berjaya ditakluki, syukur bila melihat kebahagiaan terpancar diwajah… usah lupa asal dimana kita pernah berpijak…sesungguhnya ego akan hilang bila kita selalu fikirkan kembali setiap tangga kesusahan yang pernah kita daki dulu… sikap Ego itulah sebenarnya menampakan diri dan wajah sebenar kita….biar mandi berpuluh kali, namun bau peluhnya tetap menjadi ingatan sepanjang zaman….

1 comment:

Zila Johari said...

betul dear. kadang dri sendri xnmpk ego.. asik nk pesalahkn kte yg pnye ego. ssh untk berkomunikasi dgn org mcm nie. jwpn dea diam ajew. xsaket pale nk pk.