Saturday, February 27, 2010

Lahir Islam Belum Tentu Mati Islam

Lama rasanya tidak menulis..tapi baru-baru ini aku berpuluang untuk menyaksikan teater ANTARA hasil nukilan Erma Fatimah..secara keseluruhan aku memberi 3 bintang..garapan cerita yang menarik tapi kurang dari segi olahan.. membawa kisah keagungan cinta Adam dan Hawa mengimbau kembali fitrah kejadian perempuan yang dicipta dari tulang rusuk lelaki cukup mengatakan yang wanita juga harus punyai hak yang saksama.. cukup tersentuh dengan kisah yang dibawa mengingatkan aku yang kadang-kadang sudah jauh meminggirkan yang maha esa oleh kerana sikap pentingkan diri sendiri.. Menjadi hamba cinta, menjadi hamba dunia yang sering diutamakan.. mengejar dunia abaikan akhirat atau mengejar akhirat mengabaikan dunia? SEIMBANG itu jawapannya tapi sejauh mana pengerjaanya, aku masih mencari dan mengharapkan peluang itu sentiasa ada dan berharap hati ini sentiasa terbuka untuk menerima kebaikan..ameen..

No comments: