Wednesday, February 25, 2009

Identiti


Susah nak cerita tentang identiti... kita suka merahsiakan apa yang kita rasa... adakah kita malu atau mungkin jika dipengetahuan umum kita akan menjadi bahan lawak... bagi aku senang sahaja bila identiti kita menjadi ketahuan umum itu ada lagi menyenangkan ramai pihak kerana kita tidak perlu berselindung atau menjadi orang lain... biarlah kutukan dan hinaan yang diterima asalkan tidak memakan hati... huh tapi terpulang juga dengan tahap pemikiran seseorang untuk menerima keadaan di sekelilingnya...

Mungkin orang sekeliling harus berfikiran lebih terbuka dan menanggapnya itu sesuatu pekara biasa... bagaimana dengan golongan GAY dan LESBIAN??? apa sebenarnya diingin disampaikan dalam diri mereka??? ada yang terang terangan berani mengaku itu adalah sebenarnya dia...tapi ada pula yang takut orang disekeliling akan mencemuh... bukankah golongan ini juga punya perasaan? ingin berkasih sayang dan ingin rasakan apa yang orang lain rasa... mungkin inilah yang orang sekeliling memberi mereka ini peluang? bukankah setiap dari kita melakukan kesilapan? mungkin cara peneguran terhadap golongan ini perlu lebih berhemah, kerana mereka ini lebih mudah terguris hati... huh kadang-kadang mereka ini lebih memerlukan kasih sayang dan lebih perhatian dan mungkin sokongan yang lebih positif... tapi bagi aku golongan ini seharusnya tidak sepatutnya merahsiakan apa sebenarnya yang mereka lalui kerana setiap saat apa yang berlaku itu tidak akan merubah apa pun.. mereka tetap mereka

1 comment:

ilovefy said...

i sokong fi!
jadi la diri sendiri
tak kira siapa pun kau
lebih baik jadi diri sendiri dari jadi seorang penipu dan hipokrit!
itu lebih keji!