Monday, March 9, 2009

Fikiran yang tidak sempurna..

Bukan marah tapi keluhan rasa... baru-baru ini aku menghadiri sebuah event di Terengganu... cukup meriah, cukup gamat dengan suasana warga Terengganu yang sentiasa dahagakan hiburan... bagi aku acara sebegini sememangnya akan menguntungkan pihak penganjur... maka lelongan artis di setiap gerai akan bermula... golongan yang haus ini akan terus mengambil kesempatan dengan memekik, melolong, melambai artis pujaan mereka... cukup ghairah bila si artis memberikan respond sebagai penguat untuk mereka berdiri didepan gerai yang cukup panas... apapun ini rasanya menampakan perkembangan yang "agak" sihat kerana mereka yang hadir menghargai tetamu yang hadir...bukan sahaja anak remaja golongan separuh abad turut beraksi dengan begitu mengiurkan...

seperti yang lain aku juga punya tugas di sana...agak terkilan dan aku sedari pihak yang menganjurkannya begitu daif dan berfikaran sempit!!! aku ditegur kerana penampilan gaya yang akan kenakan ketika majlis yang dihadiri beribu-ribu umat serta Terengganu... huh aku ditegur bukan atas dasar kerja tapi sebab memakai seluar "PENDEK" bagi aku itu bukan menghalang untuk aku memberikan khidmat ditengah panas terik yang begitu mencabar minda...aku cukup kecewa...bukab aku tidak mengetahui batas dan rasa seluar "PENDEK" itu dibawah paras lutut...cukup bagi kaum lelaki untuk menutup aurat... rasanya mungkin silap aku tidak menghormati majlis.. bukan aku ingkar tapi kaedaan sekeliling membuatkan aku sebegitu...perlukah aku ditegur didepan awam? bagi aku itu cukup memalukan atas dasar kesalahan yang kecil... pelik-pelik

1 comment:

ilovefy said...

biasa la fi,
org2 bodoh mmg mcm tu
yg baik tak nampak
cuma nampak yg buruk
anggap lah org2 tu cacat mental.
hehe