Thursday, February 26, 2009

Jujur...


Kenapa kita susah untuk menjadi jujur? bercakap jujur walaupun hati terluka, namun itu kebenaran! biar pahit itu ditelan namun kebenaranya tetap benar... petang tadi aku menerima panggilan yang rasanya nombor yang masih aku ingat lagi dan nombar yang pernah aku bertahta dihati aku... lalu hati terus berdetik untuk terus mengangkat, mula terlintas mungkin khabar yang akan ditanyakan tetapi sebaliknya... hati aku mula terguris lagi, tapi kenapa dia yang aku nanti sehingga kini... sedangkan aku sudah punya pengganti yang benar sayang dan mengambil berat dengan aku... aku pun memulakan dengan menjawab panggilan itu dengan biasanya... dia mahu berjumpa aku tetapi bersama dengan pasangan barunya... kenapa aku yang diajaknya? adakah mahu aku menjadi tontonan kemesraan yang bakal terjalin antara dua insan yang saling bercinta itu? aku pun menjawab.... erm boleh juga aku akan bawa pasangan aku untuk dibuat pra tonton... tetapi sewatu perjalanan balik mula aku terfikir kenapa yang tak bersalah itu pula yang menjadi mangsa...mungkin ini ialah kesilapan lama aku kerana pernah menyukai orang yang tidak tahu menghargai aku... walaupun sehingga kini aku masih menyimpan perasaan terhadapnya lagi... ye la orang kata cinta pertama... tapi bukan pertama kali aku jatuh cinta tetapi kenapa dia susah untuk aku lupakan... sedang orang lain beria-ia menjaga aku tetapi aku masih menyimpan perasaan kepada orang lain...kesianya kenapa dia menjadi mangsa... salah dia mencintai aku... sebab aku yang tidak JUJUR... :'(

2 comments: