Monday, February 23, 2009

Beri dia ruang...

Beri "dia" ruang, beri "dia" kesempatan untuk "dia" lalui hari singkatnya dengan aman... usah dihina, usah dikecam kerana "dia" punya hati juga perasaan... mungkin tekanan juga memaksa "dia" menjadi sebegitu... mungkin juga sikap membara untuk mencuba itu menjadi pilihan utama tanpa berfikir panjang... dosa tetap dosa... tapi apakan daya sifat "dia" ingin menjadi seperti orang lain selalu mengelodak dalam hati... walau tidak sempurna dan sehebat mana usaha ke arah menjadi lain dari yang tetap ada... mungkin satu hari nanti "dia" akan temui apa sebenarnya yang "dia" mahukan dalam hidupnya... perjalanan hidup seseorang itu berbeza... tapi persoalannya mengapa hati berkata "cantik" bila menjadi sebegitu... bila melawan menyeksa perasaan... buatlah sejahat mana tapi jangan langgar hukum ALLAH S.W.T...

mungkin beri ruang dan semangat itu adalah "Jawapan" terbaik untuknya meredah arus hidup yang penuh dengan ragam manusia... tapi bagaimana jika "dia" sendiri tidak mahu lakukan yang terbaik untuknya... diri "dia" dilihat hina sepanjang masa... ada sahaja yang tidak kena.. bukan mahu hidup ditepi "lorong" sempit itu sepanjang masa... bagi satu pentas untuknya menyinarkan segala kebolehan bagi membukti gelaran tepian "lorang" bukan menjadi pentas utama"dia"... mungkin masyarakat perlu berlajar menangis, menangis bila mengenangkan insan "istimewa" juga memerlukan ruang nafas untuk mengenali diri sendiri...

No comments: