Thursday, January 29, 2009

Bila kita mula kenali diri sendiri!!!


SUSAH untuk mentafsirkan diri sendiri.. orang kata kita kena cermin diri sendiri... aku rasa aku masih tidak cukup dewasa untuk menilai diri ini.. mungkin baru setahun jagung... tapi takpa aku selalu lalui hidup ini atas dasar pengalaman, dari tepian lorong sehingga mereka yang dipuncak sentiasa menjadi teman yang begitu membanggakan!!! sukar untuk menjadi diri orang lain... watak perwatakan tetap juga mirip diri sendiri!!! huh bila kita cuba untuk berusaha menjadi yang lebih baik itu sepatutnya dipraktikan, bukan menjadi diri orang lain, sedangkan tubuh yang dikendongkan itu jasad dan roh yang tak mungkin bertukar ganti!!! dengan melalui pelbagai kisah aku rasa ini bukan bererti pengakhiran tapi permulaaan..

BERMULA dengan satu impian menyala-yala itu sepatutnya yang harus dikejar!!! usia remaja harap tidak disiakan, itu kata-kata motivasi yang kadang-kadang diri sendiri telah melanggar undang-undang yang diciptakan sendiri!! bukan niat diri untuk menghukum, dan bukan menyalahkan takdir yang sedia tercipta... mungkin perkataan paling sesuai ialah membina impian...melunaskan segala harapan yang diletakkan!!! impian akan terus terbunuh bila tiada lagi pengharapan diletakkan... selalu ingat kata-kata ini "muda hanya sekali" tapi sejauh mana perlaksanaanya??? ini bukan cerita tapi titik kejayaan...

BERAKHIRnya dengan kejayaan itu yang diharapkan ia akan berhasil tanpa penyesalan walaupun kenangan pahit menjadi ingatan harapan ia menjadi sandaran!!! dengan harapan walau hingga akhir jasad terus belajar mengenal diri sendiri, usah gusar untuk memahami orang yang belum tentu sedetik dalam hidupnya mampu fahami kita untuk selamanya

No comments: