Saturday, March 21, 2009

Dambaan Cinta

Izinkan aku bernafas...

Sesak sendu itu yang dirasai ketika ini...ketika hati mula sayu...sayu menemani lalu menghembus menghapus luka... bukan carian simpati cuma luangan waktu mengiringi perjalan hidup yang sukar dimengerti...sering kali tipis dirasakan sedangkan ramai berkata itu hanya andai seorang insan ketandusan kasih... seandainya kisah lalu berulang lagi, pinta hanya satu kejauhan dipohon...dambaan insan yang selalu dipilukan... hanya ungkapan ketulusan yang diharapankan... bukan kadar renungan... aku bukan pencinta tapi hanya ingin memutik sesuatu yang masih belum pasti... mungkin sukar untuk menafikan... sukar menjadi tegar... jika itu hakikat penafian mungkin itu sebenarnya ialah satu kebenaran... mungkin terbuka juga suatu hari nanti... meraka berkata itu hanya satu sandaran yang mungkin sekadar persinggahan...luahan kata agar pintu itu terbuka suatu hari nanti... jangan biar nafas ini sesak beri ia sedikit ruang yang mampu tertelan... biar seasli mana tetap ia punya kepalsuan... hasrat hati hanya satu bukan renungan diharapkan...cuma kata ketulusan menjadi titipan... kini baru sedar selama ini kau sebenarnya kau yang sebenarnya aku sayangi... kalimah lalu menjadi pengajaran..susah dikenang lagi...bukan kasih itu abadi akan terus menjadi pengikat ikatan yang tiada lagi... andai ini menjadi suratan kata coretan lalu menjadi pembuka pintu hati...jangan biar ia tertutup lagi...ketukan lalu masih menjadi ingatan... bukan merayu tapi meminta jika ini sebenarnya kebenaran yang harus dilalui...berikan sedikit ruang agar aku boleh bernafas lagi... :'(

Friday, March 20, 2009

Imbasan Kejayaan...



Anugerah dari Datuk Seri Chan Kong Choy dari Kementerian Kerjaraya...

Perlukah aku bercinta?

Perlukah aku bercinta??? Andai hidup berteman airmata..Biarkan saja aku bersendiri...mungkin aku belum bersedia untuk menerima kehadiran hati yang bernama cinta... hidup terlalu singkat, terlalu memilih, terlalu luas, lalu tersungkur dalam memilih hati yang sewajarnya menjadi sahabat dalam riwayat hidup... hati "songsang" selalu mengatakan itu yang terbaik...bukan harap ia bukan pengakhiran tapi permulaan... biar sentuhan pertamanya itu menjadi seperti madu yang senantiasa memaniskan hidup ini... jangan berhenti untuk mencari kerana hidup ini belum pasti siapa sebenarnya layak untuk hati ini... kadang-kadang diri terasa asing...hidup gelisah yang kadangkala tiada punca... ingin hidup ini bergerak bebas, segala mimpi menjadi kenyataan... jangan biar ia menjadi debu yang akhirnya lenyap hilang tanpa tujuaan..takut impian yang tinggal akan menjadi mimpi dan bukan sesuatu yang pasti...

Sunday, March 15, 2009

Muara...



manusia dalam persoalan...



Hitam itu menawan...



lebih ramai lebih seronok...

Tuesday, March 10, 2009

Bila ego lebih dewasa dari akal fikiran…

Susah nak cakap tentang ego… semua orang pun punya perangai yang sama.. Cuma bezanya tahap fikiran seseorang itu untuk mengambilnya sebagai sesuatu pekara yang positif..jangan cepat melatah dan takut dengan teguran yang diberikan… seandainya teguran itu diberikan itu adalah sebagai tanda kasih sayang kerana masih ada yang sudi memerhatikan tingkah laku kita yang menjengkelkan ini… kadang – kadang aku sendiri pun sukar untuk menerima teguran…umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan…

Adakah ego itu berkaitan dengan perasaan cemburu? Mungkin juga seseorang itu tidak pernah dapat dan merasai apa yang diinginkan pada masa dulu atau juga sikap cabar-mencabar dikalangan kawan-kawan membuatkan dia bersikap sebegitu … Sedih pula bila ada sebilangan diantara mereka ini yang begitu mengamalkan sikap kebudak-budakkan… sikap terlalu sensitif…yang perlu kita menurut setiap saat kata mereka…bukan kita juga berhak bersuara?

Bukan kita juga punya perasaan meluahkan sesuatu tindakan yang tidak semestinya kebenaran itu terletak ditanganya… berhenti mencari kepuasan untuk diri sendiri…fikirkan teman yang lain yang selama ini senantiasa mendoakan kebaikan kawan – kawan lain…. Syukur bila kejayaan berjaya ditakluki, syukur bila melihat kebahagiaan terpancar diwajah… usah lupa asal dimana kita pernah berpijak…sesungguhnya ego akan hilang bila kita selalu fikirkan kembali setiap tangga kesusahan yang pernah kita daki dulu… sikap Ego itulah sebenarnya menampakan diri dan wajah sebenar kita….biar mandi berpuluh kali, namun bau peluhnya tetap menjadi ingatan sepanjang zaman….

Monday, March 9, 2009

Fikiran yang tidak sempurna..

Bukan marah tapi keluhan rasa... baru-baru ini aku menghadiri sebuah event di Terengganu... cukup meriah, cukup gamat dengan suasana warga Terengganu yang sentiasa dahagakan hiburan... bagi aku acara sebegini sememangnya akan menguntungkan pihak penganjur... maka lelongan artis di setiap gerai akan bermula... golongan yang haus ini akan terus mengambil kesempatan dengan memekik, melolong, melambai artis pujaan mereka... cukup ghairah bila si artis memberikan respond sebagai penguat untuk mereka berdiri didepan gerai yang cukup panas... apapun ini rasanya menampakan perkembangan yang "agak" sihat kerana mereka yang hadir menghargai tetamu yang hadir...bukan sahaja anak remaja golongan separuh abad turut beraksi dengan begitu mengiurkan...

seperti yang lain aku juga punya tugas di sana...agak terkilan dan aku sedari pihak yang menganjurkannya begitu daif dan berfikaran sempit!!! aku ditegur kerana penampilan gaya yang akan kenakan ketika majlis yang dihadiri beribu-ribu umat serta Terengganu... huh aku ditegur bukan atas dasar kerja tapi sebab memakai seluar "PENDEK" bagi aku itu bukan menghalang untuk aku memberikan khidmat ditengah panas terik yang begitu mencabar minda...aku cukup kecewa...bukab aku tidak mengetahui batas dan rasa seluar "PENDEK" itu dibawah paras lutut...cukup bagi kaum lelaki untuk menutup aurat... rasanya mungkin silap aku tidak menghormati majlis.. bukan aku ingkar tapi kaedaan sekeliling membuatkan aku sebegitu...perlukah aku ditegur didepan awam? bagi aku itu cukup memalukan atas dasar kesalahan yang kecil... pelik-pelik