Tuesday, October 27, 2009

Mengapa perlu perselingkuh?

Perlukah kejujuran dalam perhubungan? bagaimana jika pasangan sendiri tidak pernah tahu untuk berterus terang dan jujur...mungkin menyimpan rahsia umpama menyimpan dendam...haruskah aku bersuara jika kau punya kekurangan? haruskah aku menduakan jika diri kau terus biarkan aku digoda...aku hanya minta agar kau setia hingga abadi cinta dan hanya mampu mengharap setia kasih dari kau...bagaimana caranya agar kau mengerti bahawa aku kini sudah jatuh cinta pada yang lain..mungkin hati aku telah bergema terima hati lain..mungkin kerana aku sepi dari kejujuran...jangan pernah salahkan aku jika perasan ini mula mengular pada yang lain... bukan aku tidak belajar untuk setia tapi hati berkata kau bukan miliku namun disudut hati sukar untuk aku melepaskan hubungan yang pernah aku cipta bersama kau..

Pilihan

Mengapa pilihan selalu tidak tetap?

Mengapa kita perlu membuat pilihan?

Mengapa pilihan begitu menyiksakan?

Mengapa pilihan tidak selalunya menjanjikan keceriaan?

Mengapa banyak pilihan dalam hidup ini?

Jika diberi pilihan hanya mahu untuk terus bertahan...juga ingin hidup seperti biasa..

Sunday, October 18, 2009

bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia?

mencari cinta, mencari setia, mencari tulus dan mencari bahagia pasti gagal akhirnya...diri tetap usaha selongkar erti makna cinta namun akhirnya pasti kecundang...yang pasti tersirat membawa maksud dan yang tersurat pasti membawa jawapan... meletakkan diri ditempat sepatutnya merupakan pilihan tepat supaya perlekeh si dia tidak lagi menjadi senjata yang hanya mahu mengambil kesempatan atas perhubungan cinta... susah kalau hubungan 100% diberikan walhal diri sendiri tiada apa yang diperolehi kembali menerusi hubungan cinta dan akhirnya kita ditinggalkan atas kenangan yang tak pernah abadi... di akhir pertemuan tentu sahaja penyesalan yang ungkapkan tapi kenapa tidak semasa kita dipuncak bahagia? bahagia itu ubat bagi melupakan segala kedukaan... namun bila kebahagiaan diragut cinta pasti putus dan bersedia menanti kesal... mungkin detik kebahagiaan menanti waktu untuk diraikan... Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia...

Thursday, September 10, 2009

23 tahun

Tahajjud Cinta...

Kau datang ketika duka.
Dan bintang bercahya.
Tunjukku jalan syurga.
Ku haus di tengah laut.
Lemas mencari tempat berpaut.

Kirimkan aku kekuatan.
Peta pedoman di kesesatan.
Ku sunyi dalam gembira.
Perit pedih tanggung derita.
Sungguh aku bukan wali.
Yang suci dari hina dan benci.

Terlalu lama aku mencuba.
Terlalu banyak cinta kudamba.
Tiada yang sempurna hanyalah fana.
Tuhan ampuni hambamu.

Ku rebah didada malam.
Memecah dendam yang lama.
Diam kutanggalkan baju dunia.
Dakapku dengan selimut syurga.

Ya tuhanku.
Hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu.
Limpahiku rahmat kasihMU
DALAM TAHAJJUD CINTA BERSUJUD....

Wednesday, September 2, 2009

Aku Belum Merdeka.

Permulaan tahun 2009 tidak selancar seperti yang aku harapkan..permulaan begitu sukar dan semuanya melibatkan soal kerjaya. satu persatu dugaan diterima sehingga merasakan diri ini kebas dan kadangkala terfikir untuk berpatah balik. namun demi cita-cita, aku akur lalu mengganggap ini adalah permulaan kerjaya. tiada persoalan untuk memberontak cuma menagih untuk dihargai. aku cuma berharap aku tidak lagi diasak dengan pelbagai dugaan..sakit bila di khianati, sakit bila hak sendiri dicabuli sedangkan mereka yang lain boleh menari bergolek tanpa sebarang pertikaian..mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa lama yang pernah aku lakukan atau mungkin pernah menyakitkan perasaan seseorang hingga aku tersumpah menerima balasan.. ampunkan aku Ya Allah, maafkan aku wahai teman, jangan diceraikan hati-hati nan sedia menerima keredaan dan segala ketentuan.. aku mohon agar aku merdeka dan bebas dalam menguruskan kerjaya aku sampai akhir hayat ini. :'(

Saturday, August 15, 2009

Bijak Berseni Opick.


Sebenarnya aku tidak tahu banyak tentang apa dan siapa itu Opick. Namanya baru aku kenal waktu aku dijemput ke Universiti Islam Antarabangsa sempena malam kebudayaanya dan Opick dijemput oleh penuntut disana untuk membuat persembahan. malam itu sedikit sebanyak pengenalan tentang peribadi Opick diceritakan. sebelum menyanyikan lagu-lagu nasyid, Opick merupakan penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu bergenre rock. setelah mendengar persembahan pertamanya aku mula jatuh hati melalui penyampaianya yang begitu bersahaja dan merasakan keikhlasan menyampaikan bait-bait lirik serta melodi indah. sikap rendah diri itu menyebabkan beliau sentiasa disenangi oleh semua orang. Opick menulis lirik sederhana, tidak berlebih-lebih, namun perpaduan antara melodi dan kata-kata telah membangunkan keindahan. Malam itu, saya menerima keindahan yang lahir dari hati yang berserah diri. Mungkin segala yang diungkapkan oleh Opick bukan sebuah nasihat. Ia sedang menceritakan dirinya sendiri yang selalu rindu untuk dipandang sebagai orang biasa. Rasanya saya juga orang biasa. Untuk itu, saya mendadak ingin memiliki dua hal yang telah Opick punyai sebagai kekayaan pencarian dan keterbatasan. aku teringat kata-katanya malam itu "saya mendapatkan ketenangan dengan berwuduk ketika saya dalam kegelisahan".