Friday, July 9, 2010

BERSAWANG!

Bersawang itulah yang ada di fikiran aku sekarang ini..pertengahan tahun sudah pun berlalu, biarlah hari-hari ini berlalu dengan lapangnya jangan biar bermusim! namun lahirnya tetap sama namun punya sedikit peningkatan! bravoooo!!! soal KERJAYA? melawati tiap hari yang penuh suka dan duka sehingga menjadi alah biasa! soal CINTA? aku masih setia menjadi "pengemis cinta" :-) bilalah nak berhentikan? jangan menyesal lagi sudah! AWAS!!! haha.. soal PERSAHABATAN? Semua kini bahagia dengan laluan masing-masing, cuma ada segelintir yang masih mimpi di siang hari lagi! aduhhh!!! bangun dah nak 2011 dah ni! bosan dengan ceritera yang sama! perlukan sinopsis baru dari anda!!! soal KELUARGA? aku mulai rindu untuk bersama dengan mereka! hidup perantau sebenarnya aku akui sukar! penat bertatih bersendirian seperti hilang punca dan tujuaan! mungkin aku akan kembali 1 hari nanti sehingga hasrat tercapai!!! ameen

Tuesday, April 13, 2010

Teman soSIAL atau Teman laman soSIAL

kedua-duanya hidup dalam alam yang nyata..bezanya merasa atau tidak.. selalunya mencari kawan karib memang susah..untuk mencari mereka yang benar-benar bersama kita waktu susah dan senang.. entah macam mana merasakan bahawa untuk mengenal hati seorang KAWAN itu susah.. bukan semua boleh mengikut rentak kita dan bukanya mudah bagi kita mengikut rentaknya.. adakala pendapat itu selalunya susah untuk dicapai kata sepakat.. apa sebabnya? mungkin sebab terlalu lama berkawan membuatkan kita hilang hormat pada KAWAN sendiri.. KAWAN juga perlu dihormat..bukan untuk ditatang tapi sekadar memahami yang kadangkala KAWAN ni juga perlukan KAWAN lain untuk mengisi ruang hati ini.. papun KAWAN sejati tetap akan menjadi sejati...

Saturday, February 27, 2010

Suka dengan lagu ini...




Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya
Helang mendabik dada
Membelahi angkasa
Dengan gaya perwira

Bila saja engkau menghampiri
Burung lain terbang lari
Kau merasakan dirimu gagah
Hak yang lain tak kau endah
Mengganas kau di angkasa
Dengan gaya perwira

Terbanglah engkau tinggi
Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi
Sehingga kau terlupa
Yang tinggi jatuh jua
Bila tiba ketika
Kau ke tanah akhirnya

Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri
Nanti lemas sendiri

Lahir Islam Belum Tentu Mati Islam

Lama rasanya tidak menulis..tapi baru-baru ini aku berpuluang untuk menyaksikan teater ANTARA hasil nukilan Erma Fatimah..secara keseluruhan aku memberi 3 bintang..garapan cerita yang menarik tapi kurang dari segi olahan.. membawa kisah keagungan cinta Adam dan Hawa mengimbau kembali fitrah kejadian perempuan yang dicipta dari tulang rusuk lelaki cukup mengatakan yang wanita juga harus punyai hak yang saksama.. cukup tersentuh dengan kisah yang dibawa mengingatkan aku yang kadang-kadang sudah jauh meminggirkan yang maha esa oleh kerana sikap pentingkan diri sendiri.. Menjadi hamba cinta, menjadi hamba dunia yang sering diutamakan.. mengejar dunia abaikan akhirat atau mengejar akhirat mengabaikan dunia? SEIMBANG itu jawapannya tapi sejauh mana pengerjaanya, aku masih mencari dan mengharapkan peluang itu sentiasa ada dan berharap hati ini sentiasa terbuka untuk menerima kebaikan..ameen..